CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 31, 2008

2009.......

thn bru....
kau dtg lg...
umor mnusia smakin tua la...
smakin dewasa...
smakin matang...
smoga maal hijrah n thn bru ni bwk makna kt kita sume...
hehehe....
smoga thn ni...
kite lbih sukses....
smoga thn bru ni..
amalan lg byk...
hehehe...
kullu sanah wa entum bil khair....
hehehe....=P

Tuesday, December 30, 2008

sapa???

sapa aku???
-makhluk Allah swt.....

sapa ibubapa ku???
-Zulkefli bin Mohd Amin & Norlia bt Ishak....

sapa nama aku???
-Ahmad Fakrul Izzat bin Zulkefli....

Sapa org yg pling aku nk jumpa??
-junjungn besar Rasulullah saw....

sapa kwn2 aku???
-rmai......
-berlambak......
-xleh nk list.....
-nnt x adil...=P

sapa adik2 aku???
-Mohd Nazirul Safwan....
-Nor Fatin Adila.....
-Norfarhana Nabila.....

npe aku post blog ni?????
aku pon xtaw...
ske2 kot...
menyemak blog...
hahaha...

sapa???

huhuhu

hri ni....
exam pharma...
kene reseat blik...psl yg lme x perform...
mls siot nk bca...
rsa cm pning ja...
huhuh..
byk tinggal..
nk wt cmna....
dh x bca..
huhuh...
;(
ps2 kuar enjoy la..
tnangkn fikirn yg serabut...serabai..lgi lintang pukang...
huhuhu...
;(

Sunday, December 7, 2008

hhuhuuhh...

lme x update blog..
huhuhuh..
cowie miss lun..
ni nk update la ni..
dh dkt 2 bln dh kt msir...
ckp x mcm org msir lg..
huhuuhuh..
tekanan nih..
huuhuhuh..
esok rya..
rya sowg2 kt alex...
huuhuhuh..
nk p cairo dh xsmpt...
xpa la..
pndai2 la brdikari..
lps ni nk kene bljaq idop sndiri gk...
bek bljaq skrg..
huhuhu...
cdey dk..
rse cm nk blik rya kt msia...
blik rya ja..
hahaha...
hrmm..
nk wat cmna..
impian pnya psal...
kena tabah la..
hahahah...
=P

hhuhuuhh...

Friday, September 19, 2008

aku di msir dowk

aku dh kt msir...
best gk...
rmai pak arab la...
ckp pon x phm...
sakit mata la..
msok pasir..
huhuhu...
tp best gk....
best naek flight...mcm2 la...
huhuhu...

Thursday, August 7, 2008

RENUNGKAN LAAAA....ajajajaja....

kitt.....
3 bln kmu d KTT....
tinggal 1 bln lgi.....
dulu kita disayangi....
skrang kita disisihi....

kitt.....
dlu masok semua ada...
tempat mkn,kelas dan segala-gala.....
lps 2 bln semua binasa....
tmpt mkn tiada....
kelas lagi laaa.....

kitt....
dulu mkn sedap sekali....
bila mkn terasa nk lagi....
tp skrang tidak lagi....
suap ke mulut pon blom tentu lgi....

kitt.....
dulu supper best giler....
mkn kenyang tido lena....
tp skrang sudah tiada....
supper tiap mlm biskut sahaja....

kitt.....walaupom kmu warga ktt....
tp langsong x lyk mengundi....
rasa amat sedih sekali....
apa la nk jadi?????

kitt.....
sedih sungguh kisahmu.....
tp ape nk buat...
dh naseb badan......
huhuhu....

Thursday, July 31, 2008

?????????

ajajajaja......
match bola.....
semi final.....
kalah la....
hahahaha...
x terer la 2....
hahaha....
xde luck....
tp bdak netball KiTT menang....
power siot bdak2 ni....
chaiyok3.....
bley menang la...
hahahah....

Monday, July 28, 2008

???????

hari ini dlm sejarah.....
huhuhu......
bosan giler....
xde ape yg menarik...
hahaha....
1st match bola smlm dh kalah......
hari ni nyer match kene menang la....
hahahah.....
=P

Thursday, July 3, 2008

REALITI UMAT ISLAM KINI !!

Dewasa kini, kita sering mendengar tentang permasalahan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi krisis rohani yang mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan di sisi Allah SWT khususnya, dan di kaca mata masyarakat dunia amnya.

Umat Islam telah hilang keperibadian orang-orang yang beriman di mana suatu masa dahulu pernah dimiliki oleh para sahabat dan para salafus soleh yang datang selepas mereka. Kehilangan ini sekaligus melontarkan umat Islam kembali mengamalkan cara hidup yang berlandaskan norma-norma yang sememangnya telah wujud dan dipraktikkan oleh manusia di zaman jahiliyyah.

Oleh yang demikian, garis pemisah yang membezakan antara mereka dengan orang-orang kafir telah terhapus lalu kehidupan mereka juga tidak jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang kafir. Akibatnya, turunlah azab Allah SWT ke atas mereka, sebagaimana yang sedang dihadapi oleh umat Islam di dunia sekarang ini.

Lihatlah bagaimana nasib yang telah menimpa saudara seIslam kita di seluruh dunia. Mereka hidup dalam keadaan kesengsaraan yang mana mereka telah menerima penindasan yang cukup hebat dari golongan-golongan yang sememangnya benci dan tidak mahu melihat Islam gah di muka bumi ini. Walaupun menerima nasib yang sedemikian, namun rintihan-rintihan suara mereka yang sayu, langsung tidak pernah dihiraukan oleh umat Islam yang lain supaya mereka dapat dibantu untuk menghapuskan
kekejaman musuh-musuh Islam ke atas mereka.

Malah terdapat juga orang-orang Islam yang telah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam supaya menjatuhkan serta menindas umat Islam yang lain. Pemimpin-pemimpin Islam yang zalim telah dijadikan sebagai boneka mereka untuk melaksana dan meneruskan cita-cita serta impian keemasan mereka selama ini. Ini terjadi akibat tiada lagi kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta sensiviti terhadap
Islam itu sendiri sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Islam semata-mata untuk mencapai dan memenuhi kepentingan diri sendiri.
Kita seharusnya mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan selepasnya agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Menelaah dan meneroka sejarah adalah adalah salah satu faktor terpenting untuk pembentukan peribadi Muslim sejati serta dapat mengenal dengan lebih jauh lagi tentang keadaan umat islam itu sendiri. Seseorang itu tidak akan dapat merasakan keterikatannya dengan umat melainkan ia telah menyatuka diri dengan sejarah umatnya. Jika pengetahuannya tentang umat sudah cukup baik, maka perasaan dan kesedarannya terhadap Islam akan berkembang. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka". ( Riwayat Baihaqi dari Anas ).

Dalam keghairahan umat Islam ingin memajukan diri dan negara mereka sama ada dalam bidang teknologi atau ekonomi adalah penting untuk menumpukan perhatian yang berat terhadap Islam. Umat Islam hanya akan menjadi mulia sekiranya mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup.
Malangnya umat Islam amat jumud pemikiran sehingga definisi Islam telah silap dan disempitkan tafsirannya. Mereka hanya memahami bahawa Islam hanya terhad kepada pengamalan ibadah seperti solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya.
Sebenarnya Islam adalah amat luas ruang lingkupnya. Sekiranya sesuatu urusan atau pekerjaan yang dilakukan dengan landasan hukum-hukum mutlak Allah SWT maka ia pun dikira sebagai telah mengamalkan Islam.

Sebab itulah turunnya bala’ dari Allah SWT terhadap sekalian manusia sebagai suatu peringatan kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan sehari-harian malah menggantikannya dengan pengamalan yang melanggari batas-batas hakikat perintah Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Namun, yang menyedihkannya ada di kalangan umat Islam yang tidak mengaku bahawa kemudaratan yang telah ditimpakan ke atas mereka adalah suatu bala’ dari Allah SWT tetapi menganggap bahawa ia adalah suatu fenomena yang biasa sahaja. Janganlah menganggap bahawa sekiranya mengamalkan Islam sampai bila-bila pun tidak akan maju. Lantaran itu Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah
3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).
4. Suami taat pada isteri ( dayus ).
5. Anak menderhakai ibu bapa.
6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).
7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.
11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.
12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana
yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )".
( Riwayat At-Tirmidzi)

Antara kewajipan dan cabaran umat Islam

Mengkaji tentang Rasulullah saw tidak akan habis dan tidak jemu-jemu walaupun sudah lebih 1400 tahun berlalu. Semakin dikaji oleh orang yang berakal dalam zaman sains ini, semakin bergemerlapan sinar Islam yang dibawa oleh baginda. Semakin tajam pemikiran manusia, semakin banyak mengkaji Al Quran, semakin terasa jahilnya kita. Inilah keistimewaan Al Quran, semakin mendalam seseorang meneliti Al Quran semakin banyak bertemu perkara yang baru. Itulah sebabnya tidak jemu orang membaca, tidak puas orang menyelidikinya dan tidak pula menjadi zalim orang yang berhukum dengannya.

Rasulullah saw ibarat sebutir berlian yang tercanai, cantik dipandang dari semua sudut, kecuali orang yang tidak mahu mengambil ikhtibar darinya. Mereka akan berkata intan itu kaca. Rasulullah saw adalah contoh yang boleh kita ambil dari berbagai-bagai sudut. Misalnya baginda adalah panglima perang yang unggul, ketua negara yang berwibawa, ketua keluarga yang penyayang, hamba yang taat (abidun) kepada Allah, peniaga yang mahir, ahli sosial yang bijak dan pandai berdikari semenjak berumur 10 tahun.

Tugas besar Rasulullah saw ialah meyebarkan Islam keseluruh alam untuk manusia (dan jin). Baginda merupakan rasul yang akhir, menyeru sekalian manusia ke jalan yang benar dengan bukti yang jelas serta menghindar manusia dari terjerumus ke lembah syirik. Ini adalah berdasarkan firman Allah (12: 108): Maksudnya: ‘Katakan (wahai Muhammad). “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukannya aku dari golongan orang yang mempersekutukan Allah dengan suatu yang lain”. Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa orang yang mengikut Rasul bertanggungjawab membuat kerja nabi dengan menyebarkan risalahnya kepada sesiapa sahaja manusia di dunia ini. Bahkan kalau kita tidak sampaikannya kita akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak.

Ramai orang telah bercakap mengenai Rasulullah saw, misalnya tentang kehebatannya, kerasulannya dan mukjizatnya. Tetapi yang penting dalam zaman kebangkitan Islam ini, kita kena lihat Islam dari keseluruhannya. Kalau tidak, kita hanya kenal Islam dari segi sembahyangnya sahaja, puasanya sahaja, hajinya sahaja (i.e., ibadat khusus sahaja). Ini tidak memulihkan Islam, bahkan menjadi pincang. Buktinya, sejarah telah mengajar kita bahawa pemimpin dulu dan ulamaknya menonjolkan Islam secara keseluruhannya (syumul). Yang mereka pisah-pisahkan ialah bab-bab dalam ilmu; misalnya fikah, muamalah, muasyaarah, jenayah dan akhlak dengan tujuan memudahkan pelajar memahaminya. Yang salahnya kita hari ini telah memisah-misahkan ilmu itu. Ini mengakibatkan kita mahir suatu bab dan jahil suatu bab lain. Inilah yang dikehendaki oleh musuh Islam. Misalnya hendak melakukan ibadat korban pun wajib memerlukan beberapa kaedah dan peraturan untuk menentukan halal dan sahnya. Pelik kerana perihal ini berlaku dalam masyarakat Islam. Contoh yang lain ialah, sepatutnya apabila pemerintahan komunis (yang tidak percaya kewujudan Allah) runtuh, orang Islamlah yang mengambil alih pemerintahan itu. Tetapi yang menjadi barah dan duri dalam daging ialah kelompok masyarakat Islam yang menolak dan menentang dakwah Islamiah sehingga ranap atau musnah.

Rasulullah saw menanggung berbagai kesusahan untuk menegakkan Islam. Musuh Islam menjalankan beberapa cara untuk mengagalkan risalah Islam dari disebarkan. Mereka mengadakan perundingan dan menawarkan harta, kuasa dan wanita kepada Rasulullah saw. Disamping itu ditawarkan khidmat perubatan. Rasulullah saw menolak dan pernah bersabda: Maksudnya: ‘Kalaulah diletakkan matahari disebelah tangan kananku, bulan disebelah kiri tanganku untuk aku berhenti melakukan kerja ini, aku tak akan berhenti’. Dalam zaman moden ini pun taktik ini masih dipakai oleh musuh Islam: yaitu harta, kuasa dan wanita.

Ada lagi kaedah yang digunakan untuk merosakkan risalah Islamiah Rasulullah saw. Ianya ialah kaedah berkompromi. Misalnya, kaum musyrikin Mekah mengajak Rasulullah saw untuk membuat giliran beribadat di kaabah, atau berkongsi rumah ibadat. Seminggu Islam beribadat, seminggu kemudian Musyrikin pula beribadat di kaabah. Tetapi inipun ditolak oleh Rasulullah saw. Perihal ini memberikan pengajaran kepada ummat Islam supaya tidak berkompromi dalam hal akidah, ibadat dan akhlak. Ini juga memberikan pengajaran supaya ummat Islam mengamalkan Islam secara syumul ( dalam semua bidang kehidupan). Musuh Islam tidak takut kalau orang Islam beribadat hanya berulang alik ke masjid sahaja. (Contohnya kesanggupan seorang sarjana Belanda, Senouk Hogrenge yang masuk Islam secara berpura-pura dan menetap di Mekah beberapa tahun untuk mengetahui rahasia orang Islam).

Ummat Islam mestilah kuat, sabar dan gigih dalam menyebarkan risalah Islamiah. Kalau kita hendak jalankan kerja Nabi, kita haruslah mengetahui bahawa musuh senantiasa ada. Sabar adalah wajib. Rasulullah saw pernah dicurah najis waktu sujud di Masjid Al Haram, tetapi baginda sabar sahaja. Kini musuh Islam terlalu dekat dengan kita, misalnya dalam keluarga kita sendiri, hatta si isteri/suami kita. Mereka inilah yang menghalang kita melalui pujuk rayunya. Misalnya kita hendak ke masjid diajaknya ke tempat lain yang kurang penting atau menonton pertunjukan yang kurang berfaedah. Kisah orang terdekat menghalang dakwah merupakan kisah klasik. Ini disebut oleh Allah dalam Surah At Tahrim 10 :(66:10). Maksudnya: ‘Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua hamba Allah yang soleh di antara hamba-hamba kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya; maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari siksa Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke neraka bersama sama orang-orang yang masuk (neraka)”. Dan Allah berfirman At Tahrim ayat 11 (66:11). Maksudnya: ‘Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku binalah untukku sebuah rumah di sisimu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas) serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Rasulullah saw dan ummatnya yang menjalankan risalah Islamiah tetap disakiti dan dianaiya dengan berbagai cara padahal Islam bukanlah menyusahkan orang. Yang susah ialah orang yang sinis terhadap Islam. Ada sahaja kritikannya. Misalnya lihat orang pakai tudung dia rimas, lihat orang pakai kain menggantikan skirt mereka sesak nafas. Lihat anak-anak mengadakan qiamullail rasa sebal hatinya. Sifat-sifat ini sudah ada sejak zaman Nabi lagi, yaitu sifat Abu Lahab yang membenci Nabi. Isteri Abu Lahab tidak kurang juga memusuhi Nabi. Dia sampai sanggup menjual kalong pusaka untuk menaja orang yang menentang Nabi Muhammad saw.

Selain dari memberi tawaran dan berkompromi, ada yang menentang Islam melalui pemulauan atau penyisihan. Misalnya ummat Islam dan keluarga Nabi disisihkan dan dipulaukan dari masyarakat, perniagaan, persemendaan dan ekonomi. Mereka dipulaukan selama tiga tahun. Ada yang mati kelaparan kerana tindakan itu. Di zaman moden ini, misalnya sekatan ekonomi PBB yang didalangi oleh musuh Islam terhadap Libya, Iran, Iraq dan Afghanistan. Hal inilah yang wajib ditangani dengan sabar kerana Allah akan memberikan jalan keluar, membuka pintu keberkatan yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Dakwah Islamiah sepatutnya terus dijalankan oleh ummat Islam. Ia adalah kerana penganut Islam ada dimerata dunia, kekayaan hasil bumi terletak di negara Islam. Masaalah yang timbul ialah orang Islam kekurangan ilmu, amal dan iman. Inilah yang menyebabkan kekayaan hasil bumi kita diproses dan dikuasai oleh orang lain.

Sebagai ummat Islam wajiblah kita membuat semua amalan Islam dengan sepenuhnya. Kita sepatutnya mentaati semua perintah Allah, bukan melanggar atau mengabaikannya. Apabila kita telah menjadi seorang Islam maka hendaklah kita mematuhi ajaran Islam itu sepenuhnya. Bukan hanya sekadar sembahyang, puasa, zakat dan haji semata. FirmanNya: ( Al Baqarah: 208). Maksudnya: ‘Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya’.
Cabaran untuk umat Islam kini semakin hebat. Gesaan negara-negara di dunia ini dengan mengusulkan satu pendekatan hidup dalam satu sistem kehidupan; dari segi sosialnya, ekonominya, politiknya menurut panduan PBB; walaupun sebahagian besar resolusinya bertentangan dengan Islam memberi ancaman kita. Begitu juga dengan cara hidup keduniaan dan kebebasan sosial yang tiada kawalan serta amalan-amalan songsang yang lain amat mencabar dan mempengaruhi generasi hari ini.
Dewasa ini musuh Islam (orang yahudi) mencabar keimanan kita apabila ada orang yang berani berkata bahawa mereka sudah tahu mencipta surah Al Quran. Inilah permainan musuh Islam yang senantiasa menentang Islam dari semua segi. Padahal Allah telah memberikan hujjah sejak Al Quran diturunkan lagi bahwa tidak akan ada manusia yang boleh mencipta walaupun satu ayat seperti Al Quran.

Dikalangan orang Islam sendiri sudah ramai yang menyimpang akidah dan pegangannya mereka. Golongan yang menolak hadis “anti-hadis” adalah satu contoh. Kesesatan nyata kelompok ini bilamana bersholat hanya tiga kali sehari (subu, maghrib dan isyak) serta menolak semua amalan-amalan sunnah dan segala bentuk yang dikatakan hadis Nabi saw.

Inilah kaedah musuh Islam, mereka menukar pandangan hidup ummat Islam supaya yang buruk dan dilarang Allah itu dikatakan baik; manakala perkara yang baik di sisi Allah dan Rasulnya pula dikatakan tidak baik. Apabila perkara ini sudah diterima maka musnahlah benteng kekuatan Islam, yang rugi kita bukan Allah. Oleh yang demikian ummat Islam wajiblah kuat berpegang kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.



(Petikan daripada tazkirah Dato’ Mufti Negeri Trengganu di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Selangor pada Sabtu, 26 Mei 2002.

????????

4/7/08

hari ni kelas it lgi.....
kelas ke-4 kot.....
ntah la...x brape ingat.....minggu kat KTT lak dh msok yg ke-5.....
bdak a-level yg baru pown dh msok.....
umah aku pown pnoh la....
hahahah....
dh la kene berebut bilik air.....
dlu xyah pown....
hahaha....
tekanan siot.....
minggu dpn exam lak.....
ape pown x baca lagi....
hahahah....ni yg x masyukk ni.....

aku,aku dan aku??????

3/7/08...

pnat btol la.....
hari2 gi kelas.....
tp klo xde kelas besh gak....leh tido...
hahahah.....
hari ni xde la besh sgt....cam hari2 laen.....
xde ape yg menarik sgt....
menolak ade la kot...
hahahah......
2bln yg pnoh dgn....NTAHLA.....

Thursday, June 26, 2008

????????

dh abes cuti.......
jadi ape lagi....ade kelas la.....
hahahahaha.....
bahasa arab,kimia,fizik,bio......dll......
tinggal lbh kurang 2 bln lagi.....hhahahah....

Friday, June 20, 2008

?????????

hurmmmm.....
cuti...
buhsan gak....
aku pown kuar la jln2 di kuala lumpur.....
buhsan la lepak at umah....
jln2 pown besh gak....
hahahaha....
cuti pown kene wat keje umah.....
buhsan gak....
x masyukkk la.....
hahaha...
kuala lumpur,kuala lumpur.....
indah x terkata......
kuala lumpur,luala lumpur.......engkau kian tercemar....
biarpown kau begitu...
hanya kaulah DESTINASIKU....
hahahahahah...
layannnn....

Thursday, June 12, 2008

3 bulan aku di KTT.......

aku jatt.......lps aje abes SPM.......Sijil Pelajaran Malaya.....Malaysia kot.....aku trus apply medik.....
jadi doc laa....
hahahah.....
pas2 aku dpt gi KTT......klas persediaan.....
bahsa arab la......
nak gi mesir......
hahahha.....
msok jer KTT.......mcm2 org aku jumpe......
ek la sket....
x knl.......
pas2 minggu orientasi.......
besh shiott......
ade yg ber-nasyid......baek punyer..... kalah raihan....
ade yg ber-lakon........bleh menang award 2......
ade yg ber-fesyen......cun oooo.....
ade juge yg ber-dikir barat.......ewa bulee.......hahahahah.....
habes jer orientasi,klas arab pown mule la......
hahahaha....
kepala ana fusing.......ana,anta,itu,ini....
SUSAH GAK ARAB YEK........
ajajajajaja.......